Laman Web PIBG SMK Skudai

29 Mac 2010

Laman web ini adalah untuk kegunaan warga PIBG SMK Skudai atau warga setempat untuk memberi idea-idea membina atau pendapat bernas untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar sekolah ini.  Sumbangan anda amat kami alu-alukan.

PIBG SMK Skudai ditubuhkan mengikut Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998 [Sub peraturan 7(2)] Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dan berperanan sebagai pengantara diantara pihak ibubapa atau warga setempat dengan pihak sekolah khusus untuk meningkatkan kualiti pendidikan demi kecemerlangan setiap pelajar SMK Skudai.

Ini adalah laman web PIBG SMK Skudai. Jika perlu maklumat sekolah, sila layari http://www.smkskudai.edu.my

Terima kasih.

“PIBG PENGGERAK KECEMERLANGAN SEKOLAH”

Yang Di Pertua PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai


CADANGAN/KOMEN

31 Mac 2010

Pandangan dan cadangan oleh ibubapa, guru-guru atau warga setempat kepada PIBG SMK Skudai untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah amat-amat pihak kami hargai.  Sebaik-baiknya berikan nama anda, pandangan/cadangan yang telah ditapis pihak Jawatankuasa PIBG sahaja akan dipaparkan.  Sila klik pada perkataan Komen .


PROGRAM SEKOLAH BERSAMA IBUBAPA TAHUN 2010

31 Mac 2010

Cadangan program sekolah bersama ibubapa Tahun 2010.

  1. 26 Jun 2010     Program Gotong Royong Perdana
  2. 3 Julai 2010      Majlis Hari Terbuka (Perbincangan Ibubapa & Guru)
  3. Ogos 2010       Program Masih Ada Yang Sayang
  4. Sept. 2010       Program Solat Hajat Perdana
  5. Sept. 2010       Program Belaian Kejayaan PMR
  6. Nov. 2010        Program Belaian Kejayaan SPM & STPM

(Tarikh adalah tertaklok kepada pindaan dari semasa ke semasa)